Header Ads

Biodata Noor Neelofa Usahawan Cantik

Biodata Noor Neelofa | Noor Neelofa binti Mohd Noor (lahir 10 Februari 1989) atau lebih dikenali sebagai Neelofa ialah seorang pelakon, pengacara dan model wanita Malaysia. Beliau mula melibatkan diri dalam lapangan seni hiburan tanah air apabila beliau dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/10 dan terkenal menerusi lakonannya sebagai Alisya dalam drama bersiri Kau Yang Terindah yang bersiaran di TV3 dan Suri Hati Mr. Pilot di Astro Ria.

Selepas memenangi Dewi Remaja, Neelofa menerima banyak tawaran berlakon filem dan drama serta tawaran menjadi pengacara di stesen TV, termasuk juga tawaran menjadi duta dan jurucakap produk. Beliau juga berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan melancarkan produk kesihatan BellaVita bersama ibunya dan memiliki jenama produknya sendiri. Neelofa dianggap sebagai seorang artis dan selebriti yang paling berjaya meskipun berdepan dengan pelbagai kontroversi dan skandal seperti bergaduh dengan artis lain. Pada 2016, beliau memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 menerusi kategori Bintang Paling Popular selepas hampir lima tahun bertanding, beliau menang dua daripada tiga pencalonan yang diterimanya. Baru-baru ini, beliau telah dipilih oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi menerajui program CelebExports.

Beliau kembali ke layar kaca menerusi drama adaptasi novel Suri Hati Mr. Pilot yang bersiaran di Astro Ria, bergandingan bersama pelakon Fattah Amin selepas sekian lama tidak berlakon. Drama ini merupakan drama televisyen pertama lakonannya yang menampilkan beliau bertudung sejak beliau mula bertudung pada 2014.



Pada Mac 2017, Neelofa diumumkan bakal menghiasi majalah berprestij, Forbes Asia yang menampilkan ahli perniagaan berpengaruh dari seluruh dunia.


Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada Jumaat, 10 Februari 1989 Masihi bersamaan 4 Rejab 1409 Hijrah di Pasir Mas, Kelantan dan merupakan anak ketiga daripada sembilan adik-beradik, beliau mempunyai lima adik-beradik berlainan bapa. Bapanya berketurunan Melayu dan ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed berdarah kacukan Pakistan dan Arab. Beliau mendapat namanya bersempena nama "Niloufar" yang bermaksud bunga teratai dan lebih mesra dengan panggilan Lofa oleh kalangan ahli keluarganya.

Beliau memperoleh lima A dalam UPSR (ujian sekolah rendah) dan kemudian belajar di sekolah menengah di MRSM Langkawi dan mendapat semua A dalam kedua-dua iaitu 8A dalam PMR dan 10A dalam SPM beliau. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran, Kolej Universiti Sunway (kini Universiti Sunway) di Bandar Sunway, Selangor.

Ringkasan Biodata Neelofa

Kelahiran
Noor Neelofa binti Mohd Noor
10 Februari 1989 (umur 29)
Pasir Mas, Kelantan, Malaysia

Warganegara Malaysia
Nama lain Lofa
Pendidikan Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran
Pusat pendidikan Universiti Sunway
Pekerjaan
Pelakon model pengacara penulis ahli perniagaan jurucakap produk
Tahun aktif 2010–kini
Terkenal kerana Kau Yang Terindah
Suri Hati Mr. Pilot
Ketinggian 5 ft 2 in (1.57 m)

Ibu bapa

  • Mohd Noor (bapa)
  • Noor Kartini Noor Mohamed (ibu)
  • Abdul Halim Khan (bapa tiri)


Saudara

  • Sara Dinna (kakak)
  • Noor Nabila (akak)
  • Noor Nellisa (kakak)
  • Mohd Aqief (abang)
  • Putri Nur Athira (adik tiri)
  • Nur Athisha (adik)
  • Nur Ameera (adik)
  • Mohamed Faliq (adik tiri)
  • Mohamed Firdaus (adik tiri)




No comments:

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close