Berita Terkini dalam dan luar negara, Trending, Viral dan Biodata Public Figer

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 28 Mei 2018

Biodata Marissa Anak Gadis Norman & Abby Yang Dilahirkan Dalam Kereta, Dibidankan Norman Sendiri!


Kebelakangan ini anak gadis Norman Hakim dan bekas isterinya Abby Abadi kerap jadi perhatian.

Bertudung litup, belajar di sekolah agama dan pemalu membuatkan aksi Marissa Dania Hakim yang selalu dimuat naik oleh Norman nampak begitu comel.

Sebenarnya ramai yang mungkin terlupa bahawa anak ini sejak kelahirannya 12 tahun lalu sudah menjadi tumpuan media di Malaysia apabila Abby melahirkannya dalam kereta dibidankan oleh Norman Hakim sendiri.

Dalam kejadian yang berlaku pada 3 Julai 2005 itu Abby yang sarat mengandung tidak sempat tiba di klinik di Taman Melawati untuk bersalin.

Norman yang memandu pada masa itu terpaksa memberhentikan keretanya tak jauh dari rumah mereka di Ukays Perdana untuk menyambut kelahiran bayinya.

Ha…bayi itulah Marissa Dania Hakim yang kini sudahpun bergelar gadis sunti.

Abby menjerit kepala bayi dah keluar


Mengimbas kisah Abby bersalin dalam kereta yang mendapat liputan meluas akhbar pada waktu itu  ujar Norman dia menyangka Abby hanya mengalami sakit perut seperti kebiasaan wanita sarat mengandung memandangkan tarikh jangkaan bersalin belum tiba.

Namun begitu katanya selepas memandu lebih kurang 500 meter keluar dari rumah, Abby menjerit menyatakan bahawa kepala bayinya hampir keluar.

Tanpa berlengah dia berhenti ke tepi jalan dan terus menurunkan tempat duduk Abby lalu menyambut bayi dengan  tenang dan diazankan.

Selepas membidankan Abby,  Norman juga sempat menghubungi doktor untuk mengetahui cara memotong tali pusat namun dia diminta membawa terus bayi baru mereka ke klinik.

Marissa iras Abby


Lucunya sewaktu dalam perjalanan ke klinik kedua mereka ketawa mengingatkan apa yang berlaku  malah sempat berhenti dua kali di tepi jalan untuk mengambil gambar kenangan menggunakan kamera telefon bimbit.

Tak sangka kan anak yang dilahirkan dalam kereta ini sudah menjadi anak gadis yang comel sekali.

Selain Marissa, Norman dan bekas isterinya Abby turut mempunyai seorang lagi anak iaitu Mohd Danish Hakim yang kini berusia 13 tahun.

Bahagia dengan keluarga mereka sendiri, Norman yang mendirikan rumah tangga dengan Memey Suhaiza juga memiliki dua anak.

Menariknya mereka sekeluarga tetap menjalinkan hubungan yang baik dengan Abby walaupun  tiada lagi ikatan dan dilanda konflik hebat satu ketika dulu.

Sumber: Internet & foto instagram normanhakim_786 &

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages