Header Ads

Debat calon Presiden UMNO, KJ Calon Pilihan



Buat pertama kalinya, tiga calon utama bagi jawatan Presiden UMNO berdebat menjawab pelbagai isu berkaitan dengan soal pemilihan parti itu termasuk membincangkan hal ehwal negara.

Dua calon tersebut Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin berada di studio Astro Awani manakala seorang lagi calon Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berlintas langsung dari Bagan Datuk.


Pada sesi tersebut Ahmad Zahid yang merupakan Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden menekankan mengenai kesinambungan kepimpinan untuk membawa perubahan kepada parti itu.

Beliau turut mengulangi pendirian untuk tidak meninggalkan mana-mana calon Presiden jika beliau dipilih sebagai Presiden parti untuk bersama-sama memberi nafas baharu kepada UMNO.

"Kita perlu sama-sama memberi nafas baharu kepada UMNO.

"Kita perlu merakyatkan UMNO, saya berjanji untuk melaksanakan manifesto untuk masa depan UMNO yang cemerlang," katanya ketika dalam sesi debat calon Presiden UMNO yang disiarkan secara langsung di Astro Awani, malam tadi.

Dalam pada itu, Tengku Razaleigh pula mahu pemimpin UMNO mengubah sikap sombong dan elit yang menyebabkan rakyat marah kepada parti itu sehingga menjadi punca kekalahan parti itu pada pilihan raya umum yang lalu.

"Ramai datang pada saya beritahu sukar mendekati pemimpin UMNO kerana sikap sombang dan elit mereka.

"Jika terus dengan perangai ini, kita tidak boleh bawa perubahan kepada UMNO," katanya.

Sementara itu, Khairy pula menegaskan bahawa beliau tidak akan meninggalkan UMNO walaupun tidak dipilih pada pemilihan kali ini.

Beliau berkata, taatnya setianya tetap pada parti itu.

"Saya juga akan bantu Presiden baharu untuk bina semula UMNO dan tidak akan ke mana-mana," katanya.

No comments:

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close