Header Ads

“Doakan yang baik-baik, Dia yang mendorong saya untuk tampil seperti ini,” - Siti Sarah.



Rata-rata peminat Siti Sarah Raisuddin melahirkan rasa gembira apabila penyanyi wanita itu dilihat kini tampil berhijab. Namun, yang paling gembira tentulah suami kesayangan beliau, Shuib Sepahtu.

Pulang dari mengerjakan umrah bersama suami baru-baru ini, Siti Sarah seakan memberi petanda yang dirinya kini akan berhijab dan mahu istiqamah berpenampilan sopan dan ayu seperti itu.

Enggan mengulas lanjut mengenai hal ini, Siti Sarah memohon doa semua agar beliau terus diberi kekuatan.

'Dia yang mendorong saya'

Shuib adalah pendorong dan menjadi kekuatan untuk Siti Sarah mengenakan hijab dan jangan lupa, hidayah adalah milikNya.

“Doakan yang baik-baik, Dia yang mendorong saya untuk tampil seperti ini,” kata Siti Sarah.

Bakal tampil dengan lagu baru

Bakal tampil dengan single terbaharu, Siti Sarah mengakui dirinya kini nervous untuk mengetahui apa agaknya reaksi peminat muzik tanah akhir terhadap lagunya itu.

“Sudah tentu saya berdebar menantikan apakah reaksi peminat terhadap lagu baru ini. Sudah lama tidak hadir dengan naskhah baru. Jadi setakat ini rata-ratanya positif.”

Sejak bulan ramadan yang mulia ini, Siti Sarah dilihat sering berkongsi gambar-gambar dirinya mengenakan hijab. Semoga Siti Sarah terus istiqamah dan terus berpenampilan seperti ini. Korang jangan lupa doakan dia ye!

No comments:

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close