Header Ads

Ruang udara Singapura dikenakan sekatan sementara minggu depan



Ruang udara Singapura akan dikenakan beberapa sekatan buat sementara waktu sempena persidangan Amerika Syarikat-Korea Utara minggu depan.

Pertemuan antara Presiden AS, Donald Trump dan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dijadual berlangsung pada 11, 12 dan 13 Jun.

Notis sekatan sementara ruang udara tersebut dikeluarkan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) pada Rabu kepada Singapura.

Notis tersebut menetapkan ruang udara Singapura akan dibataskan untuk sementara waktu pada tiga hari berkenaan kerana Singapura akan menjadi tuan rumah persidangan antara Trump dan Jong-un pada 12 Jun.

Semua pesawat yang tiba di Lapangan Terbang Changi diarah untuk mengurangkan kelajuan dan perlu mematuhi beberapa sekatan penggunaan landasan.



Notis terbabit hanya menyebut sekatan sementara itu adalah "atas sebab keselamatan negara," dan pengurusan Lapangan Terbang Changi tidak mengeluarkan kenyataan lanjut.

No comments:

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close