Header Ads

Seorang Bayi Perempuan Berusia Lapan Bulan Maut



Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan maut selepas kenderaan dinaiki keluarganya terbabit kemalangan di Kilometer 70 Jalan Kota-Tinggi - Mersing berhapiran Dusun Panti, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashmon Bajah, berkata kereta Honda dinaiki mangsa bersama keluarganya, dari Endau, Mersing, hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

"Sebuah Proton Wira dari arah Johor Bahru ke Mersing tidak sempat mengelak dan bertembung dengan kereta keluarga mangsa.


Cedera Di Kepala

"Bayi itu meninggal dunia akibat cedera di kepala dipercayai akibat hentakan pada papan pemuka kereta," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian berasingan, Ashmon berkata, seorang lelaki berusia 33 tahun maut selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan dan melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 25 Jalan Johor Bahru-Mersing.

Mangsa, Rosli Suder, 33, dari Kampung Mawai meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Kredit: Bharian

No comments:

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close