Header Ads

[VIDEO] Kementerian Pendidikan Malaysia mewujudkan pasukan khas bagi menangani isu beg sekolah berat



Kementerian Pendidikan Malaysia mewujudkan pasukan khas bagi menangani isu beg sekolah berat melibatkan murid-murid sekolah.

“Kementerian pendidikan tubuhkan pasukan petugas untuk lihat serius bagaimana cara ringankan beg sekolah dan kami akan ambil kira pandangan pelbagai pihak dalam isu ini.

Cara yang terbaik meringankan beban beg sekolah anak-anak

“Tapi dalam tempoh terdekat akan berikan kuasa kepada sekolah untuk mengambil inisiatif mereka tersendiri merancang cara yang terbaik meringankan beban beg sekolah anak-anak ini dan berikan sepenuh kuasa kepada mereka untuk guna kreativiti demi masa depan anak-anak kita,” kata Menterinya Dr Maszlee Malik.

Maszlee berkata demikian dalam sidang media selepas majlis penghargaan berkaitan ranking universiti dunia di Kementerian Pendidikan Tinggi, di Putrajaya, hari ini.

Sebelum itu beliau ditanya kaedah yang akan dilakukan oleh pihak kementerian dalam menangani masalah beg sekolah yang terlalu berat melibatkan murid-murid.



No comments:

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close