Berita Terkini dalam dan luar negara, Trending, Viral dan Biodata Public Figer

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Ahad, 24 November 2019

Biodata atau Profil penuh Ernie Zakri Gadis Kecil Cantik Suara Lunak

Biodata atau Profil penuh Ernie Zakri Gadis Kecil Cantik Suara Lunak


Biodata atau Profil penuh Ernie Zakri Gadis Kecil Cantik Suara Lunak | Siapa tidak kenal dengan penyanyi kecil comel cantik molek ini Ernie Zakri yang suaranya padu menusuk hempedu. Beliau sebenarnya ada pertalian darah juga dengan Ziana Zain dan Anuar Zain.  Ernie Zakri tidak sekali pun menggunakan nama penyanyi Ziana dan Anuar Zain untuk meraih populariti. beliau mahu dikenali dengan bakat dan usahanya sendiri.

Biodata atau Profil penuh Ernie Zakri Gadis Kecil Cantik Suara Lunak 

Biodata atau Profil penuh Ernie Zakri Gadis Kecil Cantik Suara Lunak


Nama pentas: Ernie Zakri
Tarikh lahir: 23 Jun 1992
Umur: 27 tahun
Kelahiran: Kuala Lumpur, Malaysia
Pekerjaan: Penyanyi dan guru vokal
Media sosial: Instagram @erniezakri

Fakta Menarik Tentang Ernie Zakri

1. Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist, Kuala Lumpur.

2. Berkelulusan Diploma Muzik (Vokal) daripada Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor dan Ijazah Sarjana Muzik, Universiti Malaya.

3. Ibunya, Rafiaah Mohamed merupakan sepupu kepada penyanyi Ziana Zain dan Anuar Zain. Manakala bapanya, Zakri Ahmad pula merupakan pemain dram kumpulan band Kilat.

4. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2009.

5. Memperjuangkan muzik bergenre Balada dan Pop.

6. Diangkat sebagai juara pertandingan nyanyian Bintang RTM 2009.

7. Kemudiannya Ernie menjadi artis rakaman menerusi album berjudul Sinaran pada tahun 2011.

8. Bagaimanapun kemunculan awalnya dalam dunia seni ketika itu tidak begitu mendapat sambutan
di kalangan peminat muzik tempatan.

9. Hanya selepas menjuarai program Duo Star bersama rakan gandingan, Syamel, beliau mula mendapat liputan meluas hingga menjadi antara penyanyi pelapis wanita negara yang terkenal dengan kualiti vokal yang baik.

10. Antara lagu-lagu yang pernah dirakamkannya seperti Mahu Ingin Bercinta (2011), Rindu Bukan Teman (2011), Khalimah Janji (2012), Takkan Pudar (2015), Ini Yang Ku Mahu (2015), Jangan Marah (2016) dan banyak lagi.

11. Beliau dianugerahkan trofi Anugerah Vokal Terbaik (bersama Syamel) di Anugerah Juara Lagu ke-32 menerusi lagu Aku Cinta dan Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

12. Sebagai guru vokal, kelas Ernie bukan sahaja diikuti oleh orang awam, malah beberapa penyanyi popular seperti Siti Nordiana, Siti Sarah Raisuddin, Amira Othman dan Azza Elite.

13. Beliau turut memegang peranan sebagai pelatih dan guru vokal yang bertanggungjawab memperkasakan bakat peserta rancangan realiti nyanyian, Big Stage 2018 anjuran Astro.


 Video Meletop



Biodata atau Profil penuh Ernie Zakri Gadis Kecil Cantik Suara Lunak


kredit :
1. Wikipedia
2. BH Online
3. Kosmo
4. Instagram Ernie Zakri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages