Berita Terkini dalam dan luar negara, Trending, Viral dan Biodata Public Figer

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 29 Januari 2018

Biodata Ayana Moon Jihye Viral Kerana Gadis Korea Berhijab

Biodata Ayana Moon Jihye | Sejak akhir ini, ada kemunculan seorang gadis cantik manis dari Korea Selatan yang bertudung litup dan berjubah sering kelihatan di media sosial Facebook dan Instagramnya. Beliau yang diberi nama Ayana Moon Jihye ini berumur 22 tahun dan berasal dari Seoul, Korea Selatan. Ayana adalah gadis tulen dari korea dan beliau telah memeluk islam. Setelah memeluk islam Ayana mengenakan pakaian muslimah malah nampak cukup-cukup menawan yang membuatkan beliau mendapat job sebagi model muslimah.




Gadis yang bermata bulat ini merupakan satu-satunya yang memeluk agama Islam dalam kalangan ahli keluarga dan rakannya. Setelah sekian lama menjadi saudara baru, beliau kini tampil menceritakan pengalaman bagaimana dan apa yang membuatkan beliau tertarik dan memeluk Islam. Walaupun sebelum ini sering disoal bagaimana beliau boleh memeluk Islam, Ayana yang agak segan dan malu untuk berkongsi pengalaman beliau sebelum ini memberikan beberapa sebab mengapa sehingga kini baru dirinya lebih terbuka untuk berkongsi di dalam videonya.









Perempuan berhijab dengan nama panggilan Ayana ini dikatakan menyambung pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia untuk mempelajari Islam secara mendalam.
AKUN INSTAGRAM RESMI  instagram.com/xolovelyayana


Semoga artikel Biodata Ayana Moon Jihye dapat memberi jawapan kepada peminat beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages