Walaupun masih hijau dalam dunia pengacaraan, anak jati Terengganu ini turut melebarkan sayapnya dalam bidang peragaan sebagai model sambilan dan lakonan. Jom kita berkenalan dengan pengacara cun melecun ini.
Biodata Ain Edruce
- Nama Penuh: Nurain Edruce
- Nama Komersil: Ain Edruce
- Tarikh Lahir: 4 Ogos 1991
- Umur: 26 Tahun (2017)
- Asal: Terengganu
- Keluarga: Anak keempat daripada lima adik-beradik
- Kerjaya: Pengacara, Model dan Komposer
- Agama: Islam
- Bangsa: Melayu
- Warganegara: Malaysia
- Status: Bujang
- Rancangan TV: Tumit Tinggi, MBuzz, Mad Markets, Girls Only Show, Dari Bilik Sebelah (Anugerah Melodi 2016) dan Karpet Merah Anugerah Skrin (ASK) 2016.
- Facebook: facebook.com/nurulain.edruce
- Twitter: twitter.com/ainedruce
- Instagram: instagram.com/ainedruce
Trivia Menarik Ain Edruce
- Seorang yang happy go lucky, gila-gila dan petah berkata-kata.
- Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Komposisi Muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.
- Pandai bermain gitar dan mengubah lagu.
- Program ‘Girl Only Show’ yang disiarkan di saluran Hypp Inspirasi (Hypp TV) merupakan rancangan pertama yang dikendalikannya.
- Pernah menghasilkan lagu raya bertajuk Inspirasi Syawal & disiarkan di saluran Hypp TV.
- Pernah bekerjasama dengan pereka fesyen tanah air seperti Hatta Dolmat dan Ana Ali.
- Mengamalkan gaya hidup sihat dengan minum teh hijau untuk kekal cantik dan langsing.
- Sangat obses dengan Taylor Swift.
- Menjadi salah seorang peserta program terbitan TV9 iaitu Lari:Misi Mr X bersama-sama selebriti tempatan seperti Mark Adam, Atu Zero dan Nonny Nadirah.
- Dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan adik kepada Elfira Loy iaitu Ezzrin Loy.
- Memenangi Zalora Style Awards 2016 bagi kategori Female Style Star.
- Mempunyai lebih 178,000 pada tahun 2018 pengikut di Instagram miliknya.
ah ah.. ada sikit bibir sama angelina, seksi woiii
BalasPadamMinat dengan perwatakan dia and the pling penting bibir tu seksi
BalasPadam