Berita Terkini dalam dan luar negara, Trending, Viral dan Biodata Public Figer

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 31 Disember 2018

Biodata Hannah Delisha Pelakon Wanita Cantik Dari Singapura

Biodata Hannah Delisha Pelakon Wanita Cantik Dari Singapura | Fenomena artis wanita dari singapore ini membuat ramai mata-mata lelaki terpersona, malah beliau juga menjadi duta kepada produk telefon terkemuka Huawei iaitu Hannah Delisha Pelakon Wanita Cantik. 

Hannah Delisha Pelakon Wanita


Sedikit tentang Hannah Delisha, Hannah merupakan bekas anggota kumpulan duo Delisha, yang dianggotai beliau sendiri dan Mia Delisha. Mereka menghasilkan lagu yang berjudul "Retak" dan selepas Hannah menjadi penyanyi solo pada tahun 2015, beliau menghasilkan single pertamanya yang berjudul "Anugerah". "Anugerah" merupakan lagu ciptaan Akir dan Frozen daripada kumpulan Hyperact. Pada tahun 2017, beliau kemudiannya menghasilkan single keduanya, "Esok Masih Ada" yang juga merupakan lagu ciptaan Akir dan Frozen daripada kumpulan Hyperact. Pada tahun 2018, beliau menghasilkan single ketiganya, "Tak Perlu Kata Apa-Apa".
Selain berkemampuan menyanyikan lagu bahasa Melayu, Hannah sebenarnya juga boleh menguasai lebih sepuluh lagu pelbagai bahasa. Antaranya lagu Hindi, Jepun, Arab, Sepanyol dan Cina yang dipelajarinya secara berperingkat-peringkat hasil tunjuk ajar daripada ibunya sendiri, penyanyi zaman 80-an, Noor Ashikin Ahmad yang mesra dikenali sebagai 'Kakcik Wujud' kerana beliau dikenali dengan menghasilkan beberapa CD dan DVD ekspedisi realiti seram dengan anggota-anggota krew Wujud.
Beliau juga pernah muncul dalam drama-drama di saluran Suria seperti Farhana, Kemelut, Kathy Gerenti dan Bingit yang mana lakonan dalam drama Farhana merupakan kali pertama beliau berlakon di kaca televisyen. Pada tahun 2017, beliau memenangi anugerah Personaliti Wanita Paling Popular di Pesta Perdana Singapura edisi ke-14 di mana beliau menewaskan pelakon-pelakon wanita yang lain dalam kategori yang sama seperti Nurul Aini, Izyan Mellyna, Lydia Asyiqin dan Sheryn Aisiqa meskipun beliau berada dalam bidang lakonan tempatan Melayu Singapura dalam tempoh yang pendek iaitu setahun lebih. Kemenangannya dalam kategori itu juga membuatkan beliau antara pemenang paling muda untuk memenangi anugerah dalam kategori itu pada usia 20 tahun.
Pada tahun 2017, beliau mengorak langkah dalam bidang lakonan tempatan Malaysia dan meningkat popular menerusi drama Slot Astro Megadrama Mencintaimu Mr. Photographer bersama pelakon Syafiq Kyle.

Instagram : @hannahdelisha





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages