Berita Terkini dalam dan luar negara, Trending, Viral dan Biodata Public Figer

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 15 April 2020

Kesian, Anak Merayau Langgar PKP, Bapa Korek Tabung Syiling dan Kertas RM1 Untuk Bayar Denda

Kesian, Anak Merayau Langgar PKP, Bapa Korek Tabung Syiling dan Kertas RM1 Untuk Bayar DendaJangan Langgar arahan PKP. Sejak 8 April lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenakan tindakan kompaun RM1,000 terhadap mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Gambar Hiasan PKP sahaja
Gambar Hiasan PKP sahaja

Terbaru, seorang petugas pejabat Kementerian Kesihatan berkongsi kisah di laman Facebook selepas menerima bayaran kompaun daripada seorang bapa yg membayar denda anaknya pagi tadi.
Menurut Siti Rohaiza, bayaran itu dilakukan dengan sejumlah helaian duit kertas RM1 dan syiling sehingga menimbulkan persoalan beliau untuk bertanya kepada bapa tersebut. Rupa-rupanya.
artikal berkaitan : Cara Check Blacklist Telco
Terkesan dengan kejadian berkenaan, beliau berpesan serta menasihati golongan yg masih belum tiada pendapatan agar duduk di rumah dan tidak perlu menghabiskan wang ibu bapa untuk membayar denda PKP.
“Janganlah mengada2 nak lepak2 dengan kawan2 bagai. Jangan mengada2 konon tunjuk hero naik motor merayap sana sini. Sekali kena nah kau susahkan mak bapa. Korang ingat senang nak cari duit,” ujarnya.

Posting berkenaan mendapat 472 perkongsian dan 582 tanda suka serta pelbagai reaksi netizen yang kecewa dengan sikap degil remaja tersebut menyebabkan orang tuanya terpaksa mengeluarkan simpanan demi membayar denda akibat perbuatan itu.

Sumber : Siti Rohaiza

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages