Berita Terkini dalam dan luar negara, Trending, Viral dan Biodata Public Figer

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 24 April 2020

Saya Penat, Saya Menangis Beri Keterangan Kepada Polis - Ebit Lew

Saya Penat, Saya Menangis Beri Keterangan Kepada Polis - Ebit Lew | Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat. Walau saya ada kebenaran untuk memberi bantuan. Dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman. Terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes viral beberapa hari lalu kerana ada aduan. Mereka semua baik-baik melayan saya dengan sangat baik. Terima kaseh sangat.

Cuma sayalah terasa sedih sangat. Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. Lebih seratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal. Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media fb saya. Saya pun tak niat nak viral apa ke.Ramai anak-anak susah terbiar tahfiz saya bayarkan yuran mereka. Perniagaan saya sebenarnya sangat baik. Syukur pada Allah. Rezeki melimpah ruah. Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang dimana-mana. Masa pkp ini dah berjuta habis. Duit simpanan saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan. Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk frontliner. Saya minta maaf. Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua. Tadi menangis saya beri keterangan pada beberapa pegawai sebab penat kot. Serius penat sangat. Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma cina Islam yang sayangkan Islam dan Negara Malaysia. Saya minta maaf pada semua yer. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung. Saya cuma akan transfer duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu. Saya cuma nak peluk anak saya. Saya nak peluk bidadari saya. Selamat Ramadhan pada semua. Jika ini harga perlu dibayar setelah semua ini saya reda. Saya minta maaf pada semua ye. Saya salah. Kepada Allah saya berserah.

Petikan dari harian metro:-

PENDAKWAH terkenal, Ebit Lew tidak lagi akan membantu secara langsung golongan yang kurang berkemampuan.
Menerusi entri terbaru di Facebook (FB), Ebit berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau dipanggil memberi keterangan kepada polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini.
Menurutnya, dia dipanggil susulan laporan polis yang dibuat beberapa pihak yang meragui bantuan dihulurkan kepada barisan hadapan dan golongan kurang berkemampuan baru-baru ini.
"Setakat ini sahaja saya berkhidmat pada semua secara langsung. Selepas ini saya cuma akan memindahkan wang kepada orang susah dan teruskan dari rumah saja.
"Jangan tag saya lagi (di Facebook) kes orang susah. Nanti habis PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) baru saya cuba bantu," katanya, hari ini.
Beliau berkata, polis menghubungi semalam untuk hadir memberi keterangan.
"Saya menangis ketika beri keterangan kepada beberapa pegawai mungkin sebab penat. Saya tak salahkan sesiapa.
"Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma Cina Islam yang sayangkan Islam dan Malaysia," katanya.
Beliau berkata, dia juga memohon maaf kepada pihak yang berkecil hati dengan niatnya membantu orang yang dalam kesempitan.
"Lebih seratus orang sudah saya bayar penginapan dan tempat tinggal. Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di FB.
"Saya tiada niat nak tular perkara ini. Ramai anak-anak susah dan terbiar, pelajar tahfiz saya bayarkan yuran mereka.
"Perniagaan saya sebenarnya sangat baik dan syukur pada Allah," katanya.
Ebit menghulurkan bantuan sejak negara terkesan dengan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) apabila memberikan pelbagai peralatan dan makanan kepada barisan hadapan selain membantu mereka yang terputus pendapatan sepanjang PKP dilaksanakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages