Berita Terkini dalam dan luar negara, Trending, Viral dan Biodata Public Figer

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 3 Januari 2019

Biodata Reen Rahim, Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda Yang Gedik Ala-ala Comel Gituww

Biodata Reen Rahim, Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda Yang Gedik Ala-ala Comel Gituww | Noreen Ashikin binti Abdul Rahim atau lebih dikenali sebagai Reen Rahim (lahir 3 November 1988)[Nota 1] merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau mempunyai diploma di dalam bidang Dandanan Rambut. Kerjayanya berkembang selepas ia menjuarai pentas Pilih Kasih musim ketiga

biodata reen rahim pelakon drama pujaan hati kanda 5

Biodata

Nama penuh: Noreen Ashikin binti Abdul Rahim
Nama popular: Reen Rahim
Tarikh lahir: 3 November 1988
Umur: 30 tahun
Kelahiran: Klang, Selangor, Malaysia
Pekerjaan: Pelakon, model dan pendandan rambut
Media sosial: Instagram @reenrahim

Fakta Menarik

1. Anak ketiga daripada empat adik-beradik.
2. Berkelulusan diploma dalam bidang Dandanan Rambut.
3. Sebelum menjadi pelakon, beliau merupakan seorang pendandan rambut.
4. Dinobatkan sebagai juara program Pilih Kasih musim ketiga pada tahun 2012 iaitu sebuah pertandingan lakonan drama pentas teater anjuran pelakon senior, Rosyam Nor untuk siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM).
5. Lakonan pertamanya menerusi drama Aku Tak Percaya Cinta memegang peranan sebagai Elia.
6. Antara drama dibintanginya seperti Aku Tak Percaya Cinta, Evolusi KL Drift: The Series, Sahara, Jodoh, Kampung Girl, Cinta Jannah, Lara Ameena, Terlanjur Mencintaimu, Sayangku Kapten Mukhriz, Abang Sado Boleh Beres, Tauke Jamu, Mencari Qiblat, Raisha 2 dan Pujaan Hati Kanda.
7. Menerusi layar perak, Reen membintangi filem Gangster Celop, Mirip, Mawar Putih, Soulmate Hingga Jannah, Balun dan Rempit Sampai Langit.
8. Tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama menerusi filem Talak di Anugerah Skrin 2015.
9. Bakal menceburi cabang seni baharu sebagai penyanyi.
10. Berhubungan cinta dengan pelakon Mustaqim Bahadon sekitar tahun 2016 iaitu sewaktu sama-sama menjayakan drama bersiri HidayahMu Ramadan.
11. Menerusi laporan media pada pertengahan tahun 2018, beliau dikatakan sedang intim dengan seorang jejaka yang menetap di Scotland yang mana mereka telah berkenalan selama setahun.
Kredit :
2. Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages