Berita Terkini dalam dan luar negara, Trending, Viral dan Biodata Public Figer

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 3 Januari 2019

Biodata Penuh Pelakon Cantik Elisya Sandha, Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda

Biodata Penuh Pelakon Cantik Elisya Sandha, Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda | Biodata Elisya Sandha, Anda mesti anda tertanya siapa Elisya Sandha ini? Beliau adalah pendatang baharu dalam industri seni Malaysia ini, yang mana beliau sangatlah berbakat besar dalam bidang lakonan. Aktif berlakon sejak beliau berusia 15 tahun lagi, figura cantik ini juga merupakan adik kepada artis popular tanah air yang sudah sekian lama dikenali iaitu Fasha Sandha.

“Angah (Fasha Sandha) tidak pernah menjual nama saya kepada pengarah-pengarah drama mahupun filem kerana dia mahu adiknya berdiri sendiri di atas bakat serta kemampuan yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana faktor. Saya juga menolak andaian pihak yang mempertikaikan perjalanan seni yang dilalui dengan mudah kerana saya juga perlu menjalani ujibakat seperti mana artis-artis yang lain yang masih baru dalam industri ini,” – Elisya Sandha

Biodata

Nama penuh: Nur Elisya binti Mohd Faisal
Nama popular: Elisya Sandha
Tarikh lahir: 7 Jun 1999
Umur: 19 tahun
Kelahiran: Kuala Lumpur, Malaysia
Pekerjaan: Pelakon, model, pengacara dan penyanyi
Media sosial: Instagram @elisyasandhaofficial

Fakta Menarik

1. Anak bongsu daripada enam adik-beradik.
2. Adik kepada pelakon Fasha Sandha. Beliau memanggil Fasha dengan gelaran 'Angah'.
3. Mendapat pendidikan di SMK Convent Bukit Nenas.
4. Aktif dalam bidang lakonan sejak berusia 15 tahun lagi.
5. Menidakkan menggunakan nama Fasha sebagai batu loncatan untuk mencipta nama dalam industri kerana dia juga menghadiri ujibakat sebagaimana bintang-bintang baru lain demi mendapat tempat dalam sesebuah produksi drama ataupun filem. 
6. Namun perjalanan awalnya tidak dinafikan banyak dibantu oleh nasihat Fasha yang terlebih awal melalui liku-liku hidup sebagai anak seni.
7. Kerjayanya diuruskan oleh ibunya sendiri.
8. Antara kritikan negatif yang pernah diterima termasuk digelar "nampak tua sebelum usia" dan bakat lakonan pula pernah dikatakan 'kayu'. Namun Elisya tidak berkecil hati, malah mengambil komen itu daripada sudut positif .
9. Bercita-cita ingin menjadi akauntan.
10. Penglibatannya dalam drama menerusi Bila Chacha Masuk Asrama (2014), Destinasi G4 (2015), Mamu Mami Gosip (2018), Mimpi Yang Sempurna (2018), Wanita Yang Dikasihi (2018), Mencari Qiblat (2018) dan Pujaan Hati Kanda (2018).
11. Manakala telefilem lakonannya pula ialah Aku Mahu Ke New York (2015), Hai Lah Menantu (2015), Cinta Gred A (2017) dan Mat Rukun (2017).
12. Menerusi filem, Elisya pernah terbabit dalam Natchatiran (2015), Anak Mami Nasi Kandaq (2016), Cendol: Kepada Allah Aku Berserah (2016) dan Perjanjian Syaitan (2016).
13. Pernah menghoskan program Misi Kita pada tahun 2014.

Foto


biodata elisya sandha pelakon drama pujaan hati kanda 2

biodata elisya sandha pelakon drama pujaan hati kanda 3

biodata elisya sandha pelakon drama pujaan hati kanda 5

biodata elisya sandha pelakon drama pujaan hati kanda 6

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages