Syazwan Zulkifly kembali mencuri perhatian peminat apabila muncul dalam drama rantaian Pujaan Hati Kanda di TV3.
Malah perkara itu turut diakui oleh Syazwan sendiri apabila dia mendapat banyak pertanyaan serupa sehingga ada menyangka dia sudah tidak lagi berlakon.
Menjelaskan perkara itu, Syazwan berkata, selama 10 bulan dia tidak mendapat tawaran lakonan drama bersiri yang menyebabkan wajahnya jarang muncul di televisyen.
Menyifatkan tahun 2018 sebagai tahun mencabarnya baginya, Syazwan bagaimanapun memberitahu dia sebenarnya masih ada muncul dalam telefilem selain sedang menanti dua projek filemnya, Romusha dan Bikin Filem masuk ke panggung.
Pujaan Hati Kanda dan watak Pali dipegang Syazwan trending di Twitter.
Pun begitu, kemunculannya menerusi drama rantaian Pujaan Hati Kanda yang sedang ditayangkan di TV3 menaikkan kembali namanya malah drama itu menjadi trending di Twitter.
"Sebelum saya keluar dalam drama Pujaan Hati Kanda, saya dapat banyak pertanyaan antaranya kenapa dah lama tak nampak dekat TV? Dah berhenti berlakon ke? Atau dah lama tak nampak berlakon bro.
"Drama Pujaan Hati Kanda adalah drama bersiri pertama saya untuk tahun 2018 dan memulakan penggmbaran pada Oktober 2018.
"Tahun 2018 adalah tahun yang agak struggle untuk saya, bayangkan bulan 10 baru ada satu projek drama rantaian untuk saya. Itulah alasan kenapa lama tak nampak saya dekat TV," katanya.
Syazwan bergandingan dengan Mira Filzah dalam Pujaan Hati Kanda.
Dalam pada itu, Syazwan berkata, dia terharu apabila masih ada peminat yang menantikan kemunculannya di televisyen dan tidak menyangka peranannya sebagai Pali dalam drama tersebut mendapat sambutan luar biasa sehingga menjadi trending.
"Sepanjang menjayakan drama ini, saya hanya ada satu benda yang saya pegang, saya akan bermain dengan karakter ini sebaik yang saya mampu dengan ikhlasnya.
"Kepada yang selama ini perasan lama ketiadaan saya di TV saya ucapkan terima kasih kerana masih ingin melihat saya beraksi di TV dan terima kasih atas tweet-tweet #kecampali untuk hari ini hingga trending.
"Saya anggap ini adalah hadiah dan permualaan yang baik untuk saya pada tahun 2019 ini... Alhamdulillah dan terima kasih semua," ujarnya.
Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan