Berita Baik - ASNB benar pengeluaran dalam talian | Berita baik untuk pemegang ASNB, anda dibenarkan untuk membuat pengeluaran secara dalam talian. Semoga pengumuman ini dapat meringankan dan memudahkan perjalanan hidup rakyat Malaysia kita musim PKP ini.
AMANAH Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan kemudahan pengeluaran pelaburan secara dalam talian untuk dana unit amanah terpilih di bawah pengurusannya menerusi portal myASNB.
ASNB dalam kenyataan berkata, menerusi kemudahan itu pemegang unit boleh mengeluarkan wang pelaburan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB kecuali ASN Sara 2 dan ASN Equity 5 dan jumlah itu seterusnya akan dipindahkan ke akaun bank pelabur yang didaftarkan di myASNB pada hari bekerja berikutnya.
“Pemegang unit dibenarkan membuat pengeluaran dengan jumlah minimum RM100 bagi setiap transaksi.
“Bagaimanapun, kemudahan pengeluaran menerusi myASNB ini dihadkan kepada tiga kali transaksi setiap bulan dengan jumlah maksimum terkumpul sebanyak RM500 dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pelabur,” katanya.
Kemudahan pengeluaran dalam talian ini juga akan ditawarkan menerusi aplikasi mudah alih myASNB bermula 27 April 2020.
Semoga artikal ini bermanfaat ya.
sumber : metro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan