Berita Terkini dalam dan luar negara, Trending, Viral dan Biodata Public Figer

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Ahad, 8 November 2020

Biodata Penuh Zul Ariffin Berbadan Sado Kegilaan Gadis Masa Kini

Biodata Penuh Zul Ariffin Berbadan Sado Kegilaan Gadis Masa Kini | Siapa tidak kenal dengar pelakon kacak yang bersahaja dan sado ini iaitu Zul Ariffin. Dekat luar sana ramai wanita tergilakan dia bukan yang bujang, makcik-makcik dan bini orang pun suka dengan lakonan Zul yang sememangnya ada karakter atau kelas tersendiri ini. Beliau lahir 25 Oktober 1986. Zul Ariffin bermula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada 2008 dengan watak pembantu dalam siri drama Awan Dania dan selepas itu, kemudiannya beralih ke watak utama dalam siri Gerak Khas yang ditayangkan di RTM sebagai Inspektor Ashraf, sehingga drama itu direhatkan pada 2011. Beliau telah membuat kemunculan filem pertamanya menerusi watak ASP Zam dalam filem Evolusi KL Drift 2 pada 2010. Hebatkan belaiu ni, dah lah sado, kacak pula.

Biodata Penuh Zul Ariffin

Telah dikurniakan rupa paras dan berbadan sado bukan tiket mudah untuknya berjaya dalam bidang seni yang diceburi. Namun bakatnya yang semakin berkembang dan meningkat naik selalu mendapat jon lakonan dalam slot Akasia di TV3.

Mari ketahui lebih lanjut pasal Zul Ariffin yang berdarah kacukan Melayu dan Belanda.

Biodata Zul Ariffin

  • Nama Penuh: Zulkifli bin Ariffin
  • Nama Komersial: Zul Ariffin
  • Umur: 31 Tahun (2017)
  • Tarikh Lahir: 25 Oktober 1986
  • Asal: Taiping, Perak
  • Tinggi: 6 ft 1 in (1.85 m)
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Bangsa: Melayu
  • Keluarga: Anak bongsu daripada 4 adik-beradik (2 Lelaki dan 2 Perempuan)
  • Pekerjaan: Pelakon, Model dan Jurucakap Produk
  • Drama: Awan Danis, Gerak Khas, Nora Elena, Rindu Awak 200 Peratus, Mr. Feminin, Istikharah Cinta, M.A.I.D, Mr. London Ms. Langkawi, Menanti Februari, Titian Cinta
  • Filem: Penanggal, Evolusi KL Drift 2, Bikers Kental, Balistik, J Revolusi
  • Twitter: @zul_ariffin86
  • Facebook: @official.zul.ariffin
  • Instagram: @zul_ariffin
  • Website Rasmi: http://www.zaofficial.com

Fakta Menarik Tentang Zul Ariffin

  1. Zul Ariffin adalah berdarah kacukan Melayu dan Belanda.
  2. Tinggalkan kampung halaman untuk bagi mencari kerja di Kuala Lumpur dan ditawarkan bekerja sebagai barista di Dome Café pada usia 18 tahun.
  3. Pernah juga bercita-cita untuk menjadi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia tetapi tidak layak disebabkan kecederaan patah di bahu yang dialaminya suatu ketika dulu.
  4. Bakat Zul dikesan oleh seorang pencari bakat dan mendapat peranan lakonan pertamanya pada 2008 menerusi drama Awan Dania lakonan Scha Al-Yahya.
  5. Populariti Zul Ariffin telah mendapat perhatian pelbagai produk berjenama di mana beliau menjadi duta dan jurucakap antaranya Fisherman’s Friend, Nescafe (bersama Maya Karin), Senheng dan kini menjadi duta kepada PROTON.
  6. Pernah bercinta dengan penerbit filem, Gayatri Su-Lin Pillai (Chindian) namun terputus di tengah jalan.
  7. Kini Zul Ariffin masih single. Nampaknya gadis diluar sana masih ada peluang ya.
Jom layan foto Zul yang bersado kacak ini.

Biodata Penuh Zul Ariffin

Biodata Penuh Zul Ariffin

Biodata Penuh Zul Ariffin

Biodata Penuh Zul Ariffin


Nak tengok lebih follow media sosial Zul Ariffin ya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages