Berita Terkini dalam dan luar negara, Trending, Viral dan Biodata Public Figer

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 5 November 2020

Remaja Diserang Sekumpulan Lelaki Sampai Cedera Parah

BANTING: Seorang remaja lelaki cedera di muka dan tidak sedarkan diri selepasdipukul sekumpulan lelaki bersenjatakan sepana dalam kejadian di PantaiKelanang, di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman, berkata dalamkejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa berusia 19 tahun menunggangmotosikal bersama rakannya ke Pantai Kelanang sebelum tiba-tiba dihalang olehsekumpulan lelaki.

"Mangsa kemudian bertanyakan mengenai tindakan (menghalang motosikal mangsa)kumpulan berkenaan sebelum pertengkaran mulut berlaku.

"Tiba-tiba mangsa dipukul beramai-ramai dengan bersenjatakan sepana dan topikeledar hingga menyebabkannya tidak sedarkan diri dan cedera di muka.

"Malah orang ramai yang melihat kejadian dan datang membantu turut dipukuloleh kumpulan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, melihat ramai orang yang datang membantu, semua suspekmelarikan diri dan usaha memburu mereka masih giat dijalankan.

Katanya, mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Banting untuk rawatanlanjut.

"Siasatan masih dijalankan dan tiga suspek sudah dikenal pasti manakalaidentiti beberapa lagi suspek lain masih dikesan dan usaha memburu semuasuspek yang terbabit sedang giat dilakukan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages